Tuesday, December 25, 2012

Food Heaven...Penang

Kalau ckp Penang mmg org akan ingat psal makanan yg pelbagai kat sana..Memang di akui pun..nak kata semua ada kat sana, x lah...tp authentic food Penang mmg terbaik..Jgn plak ko mntak Nasi Dagang kat Penang..mmg mntk pandangan sinis aje lah..

So masa cuti tersepit Maal Hijrah n Deepavali aritu, aku sempat lah pegi kat sana..Alasan utama adalah nak pg Kulim ambik sijil berhenti sekolah adik aku yang dah 4thun habis sekolah tu, tp alang-alang baik dok Penang smbil menyeronokkan perut masing-masing. 2/3 minggu sebelum tu mmg aku dah google psal tempat makan yg best-best smbil dipantau oleh Pn. Ojah.

Keterujaan mmg tinggi. Siap buat jadual makan lg. Nasib baik mak aku pun bagi kerjasama ngan melayan aje segala tentatif program anak dia dah buat. Kami booked Tune Hotel aje. Masa tu mmg pkir peak time so bole agak yg bnyak hotel dah fully booked + tah kenapa x rajin nak survey. Bilik agak kecik tp maybe berpatutan ngan harga kami bayar. Lebih kurang rm70/ night. Ni ambik package yg include aircond unlimited. Satu aje yg aku kurang berkenan dok Tune Hotel Penang ni adalaha PARKING. Hotel tu ada lbih kurang 300 bilik, parking dia ada dlm 20 aje. So selebihnya kena parking kat road side or sebelah tu ada private parking tp dia kira by hour. Kot lah ada diskaun utk pengunjung Tune Hotel tu ke,.....NAN ADO...First night tu kami kena rm23...hangin btul...grrrrr

Masuk bab makan plak..aku wat summary aje lah...kira ni lah 3h2m yang kami hadapkan...ada gak lagi yg x dpt...so mmg kena rncng lagi percutian jala-jalan untuk makan ke Penang ni...

ROTI NAN KAPITAN - must try...serius..!!!
Ni mmg agenda wajip kalau dtng Penang ni. Kalau x, mmg gigil satu badan..heheh..Kalau x salah, dia ada 3/4 cawangan tp kami try 2 tmpt aje.. kat blkng Gurney Hotel n kat Lebuh Chulia..Both tmpat kami mkan rasa mmg sama..Quality control mmg terjaga...Roti lembut, ayam sngt juicy, kuah terbaik...wah..tinggi melambung dah aku puji tp ni mmg ikhlas punya pujian. Mak aku yg bkan penggemar makanan mamk pun mntak repeat before kami balik...tu yg pg Lebuh Chulia pnya sbb situ HQ dia..kalau kat blkng Gurney Hotel tu, ptang-ptang skit baru start.


Roti Canai Transfer Road
Ni dapat maklumat hasil dr carian kat google. Bila tngok maps, dekat aje ngan Tune Hotel tu. Kalau soh bagi rate, 4/5 bintang. Kurang 1 bntng tu sbb kan keadaan tmpat dia. Bagi yg x biasa, mmg x recommend lah sbb dia mmg tepi jalan aje. Situlah dia tebar roti, situlah dia basuh pinggan. Tapi yg gamble mcm kami ni, lenjan kan aje. Tmpat dduk pun sngt terhad. Ikut nasib cpat dpt, kalau x mmg mmg kena tunggu lah. Roti dia mmg lmbut n kuah kari kambing dia mmg terbaik. Sebelah tu ada roti bakar telur separuh. Pun berbaloi untuk cuba. Roti bakar dapur arang lagi. Nak crik tmpt ni berhadapan ngan Maliia Bakery.






Nasi Kandar Kayu

2nd day tu kami melepak umah Pn.Ojah, mmg plan nak lunch ngan dia. So mntk dia bwk nasi kandar. ada dak Pn.Ojah offer mkan nasi cmpur, tp tu kat KL boleh carik. Dah smpai Penang msti pekena nasi kandar. Ikutkan dah makan dah nasi kandar msa singgah Kulim aritu tp tah kenapa nak gak yg Penang pnya. So, dia bwk ke Nasi Kandar Kayu. Tempat pun sngt selesa. Rasa sedap dr yg kat Kulim tu. Tp xtau lah boleh lawan Nasi Kandar Beratur or Nasi Kandar Line Clear.

pic google sbb tgh lapar
Mee Sotong Hameed Pata...wajib cuba..x cuba mmg nak kena lepuk

Ni satu lagi ciptaan manusia yg indah...hahah..hover x aku..punya bersungguh nak describe akan keenakkan Mee Sotong Hamed Pata ni. Actually dari 1st night smpai dah plan nak mkan sini. Tapi rupanya kedai dia bkak smpai pkul 8 aje. Kedai dia kat Padang Kota Lama. Tapi kat situ ada 2 food court. Lama n Baru. MSHP ni kat Food Court Lama. Yg btul-btul tepi laut tu yg baru. Semua kedai kat food court lama mmg ttup pkul 8. Dalam 7.30 pun dah x berapa nak ambik order. Nasib kami smpai dlm around 7.30mlm and dia ambik kami aje order aje. Sebenarnya dia mee goreng biasa aje tp ada tambahan sambal sotong. Tapi bila 2 ni bergabung, MELETUP. Kombinasikan plak ngan coconut shake...wallllaaaaaahhhhh.

google

google
Not Recommended - Food Court Padang Kota Lama (Baru)

Macam aku cakap td, kat Padang Kota Lama tu ada 2 food court...aku mmg x suggedt pg yang baru tu. Sbb kami pun ala-ala kena tipu mlam tu. Sbb kan Hammed Pata dah ttup mlm tu, nak x nak pgi lah sini. Ikutkan mmg ramai org yg mkan sini. Satu hal yg aku kurang berkenan bila smpai aje, mmg pelayan akan dr memcam kedai akan kerumun kau. Dari seronok nak mencuba makanan terus jadi rimas...huhu..Sbb kan hal tu jugak kami teroder sotong kangkung n sotong bakar yang harga rm40...caiiitttt....mmg angin..dahlah x berapa sedap. Bila adik aku dok borak ngan kwan dia yang orang Penang, diorang pun x suggest pg situ sbb  cekik darah. Yg datang tu semua org luar mcm kami yg xtau cite...huhu...Pn. Ojah suggest klau nak mkan pasembor baik pg Padang Brom@Brown.

tu dia sotong bakar paling mahal aku pernah makan
Ada beberapa tmpat lagi yg kami x smpat pgi tp kalau baca kat blog-blog orang mmg dpt good review mcm Serabai Taman Tun Sardon, Nasi Ikan Bawal Bawah Pokok di Juru. Tapi x pe, Pn. Ojah sila dok Penang lelama lagi...ada alasan aku nak pg sana lg...hehehe