Tuesday, June 10, 2014

My Little Caliphs

Sejak-sejak penyakit malas aku semakin membesar, banyak gak aku tertinggal nak tulis kat sini...huhuhu...baca blog org msih rjin tapi senarai dah berkurangan..klau x dulu, baca blog aje boleh makan berjam-jam...

Pasal anak bujang aku dah masuk sekolah aku pun x pernah cite...malah x pernah mention pun (eh..ye ke??)..aku dah start usha sekolah untuk Imran sejak tengah tahun lepas lagi..tp kat kawasan aku tu, agak limited jugak pilihannya...

Aku bukanlah target besar sngat bila mencari tadika untuk Imran ni. Dia pun baru 5 tahun. Xlah harap 1 tahun pertama ni dia dapat selesaikan masalah matematik melibatkan pembahagian 2 angka. Aku lebih kepada nak terapkan lbih displin n manner dia. Manja skit anak aku ni. Ibu dia dah selalu sngt jd raksasa hijau, dia pun dah immune. So kena ambik pendekatan lain untuk lbih berdisplin. Nak hntar sekolah tentera x smpai hati lak...:-) 

Antara kriteria aku cuma at least adalah structure lesson n activity planning. Oh lg 1 aku crik tempat yg ada whole day program (lpas kelas terus nurseri kat situ). Sbb aku n En. Hubby kurang percaya nak bg Imran naik bas/van. Kami plak mmg xdpt nak pgi ambik. Kami ni xde lah sempitkan skop ke tadika yg dah ada nama...cuba gak usha yg biasa-biasa...biasa-biasa maksud aku ni yg dikendalikan sendiri tu..yang x banyak cawangan. Aku x reti x descride...hahahha..faham-faham aje lah

Mcm tadika yg biasa-biasa di tempat aku, kebanyakkan nya xde structure lesson n activity planning..kekdng just simple aje soalan aku tanya, untuk setengah tahun pertama ni apa yg akan dia ajar. Ada jawapan 'kita tngok kesesuaian'...Eh...tngok kesesuaian apa plak ni??..mmg budak ni lain-lain tahap. Tapi contohlah kan, budak A ni lmbat tapi budak B tu cepat. Kesesuaian kepada budak mana yg akan diikut. Musykil aku di situ. Pada aku jawapan tu x ckup meyakinkan aku.

Bukan semua tadika yg ada nama tu bagus n bukan semua tadika yg xde nama tu xbgus. Bergantung gak kriteria yang kita sendiri tetapkan. Masa mencari tu mmg mind aku x set nak pada mana-mana. Haa....lagi 1 aku nak tadika yg kat rumah bukan kat shop houses.Xde alasan kukuh pun kenapa tp aku lebih berkenan yg kat rumah.heheheh. Ni kira kriteria tambahan aje...:-)

Bila dah short listed, ada 4 kot yg aku berkenan dari segi structure lesson n activity planning
1)BB
2)GA
3) LC
4) tadika biasa

Tapi sayangnya GA n tadika biasa tu xde whole day program. tadika biasa tu mmg antara top choice aku. Masa aku tanya tu, budak x ramai lagi tp cikgu ada 3/4 org. Sayang sungguh. BB plak luar budget aku. Tunggu aku pangkat tinggi skit baru merasa hntar anak ke situ kot.heheheh...So, akhirnya LC menjadi pemenang. Oh lagi 1 masa aku pgi usha LC tu, principal dia bercakap mmg meyakinkan aku. Kira 1st impression aku dah bagus kat situ. Masa pgi tngok tadika-tadika ni, mmg smpai ke dapur n toilet dia aku msuk. Datang plak msa budak ada. Klau datang open day tu aku rasa semua bnda dia dah organize. Tu aku suka terjah-terjah. Cuma GA aje msa tu xde bdak.

So far, dah 6 bulan Imran sekolah ni, aku amat berpuas hati lah...Beyond my expactation. Dari segi membaca dia, ayat simple-simple in sha allah pada aku dah ok. Ayat hafazan dalam sembahyang pun 80% dia dah lancar. Surah-surah lazim ada dalam 5/6 surah dia dah hafal. Tp tajwid tu mmg xbetul lah. Perlahan - lahan kayuh. Heheheh. Tp teacher Imran cakap writting Imran x kemas sngt. Kalau buat kerja-kerja mewarna pun x berapa kemas. Tu mmg x nafikan sbb bila soh buat keje kat rumah pun yg bab writting mmg dia kurang gemar. Ada aje alasan dia nak ngelat. Wahhhh....ada gaya jd doktor anak aku ni...Aminnnnnnn

Bukan lah nak puji anak aku pandai. Tp ni mmg pertolongan dari teacher-teacher dia (dan izin Allah). Sbb klau xde tunjuk ajar, mmg xkan anak aku tetiba pandai lak. Kalau mcm tu xde lah aku pg carik tadika untuk dia. 

So hopefully benda ni berterusan. Ibu n Babah mmg nak yang terbaik buat anak-anak. In sha allah.




4 comments:

Suzie said...

ilyas nanti 5yo (kalo masih di putrajaya) cuma ada 1 potential tadika je sbb dkt dgn rmh, jalan kaki je

tp mmg betul la kita ajar dgn cikgu ajar tak sama sbb mcm ilyas pun dia susah nak fokus maybe sbb mak dia kan so mengada byk..huhu..

kausar said...

subhanallah baru 5 tahun dah boleh hafal bacaan dlm solat.byk pahala ticer dia..takpe dear psl tajwid tu i dulu dah sekolah menengah baru lancor hihi. pelan2...well salam kenal.i bloghop tjumpa ur blog..

Wan Afzan said...

clever nyer imran! br 5 tahun tapi basic agak power. mana u hantar imran yer?

Wani Rahman said...

kak suzie...

budak-budak ni mmg gitu, dgn teacher taat btul..senang aje dengar cakap

kausar...

hai dear...thanx jengah blog cabuk ni..alhamdulillah...harap berterusan and yes teacher sngat bagus

wan afzan..
tq dear..hantar ke Little Caliphs..